Duit ini dikatakan diambil dari alam bunian! Kisah ini berlaku pada
tahun 2008 dan penulis sempat scan dan simpan untuk kenangan penulis.
Pada hari ini penulis nak mendedahkan kisah seorang kawan yang kononnya
kawan beliau seorang ni! adalah anak angkat kepada penghulu orang bunian
Tasik Bera, Pahang.
Selepas diambil jadi anak angkat, kawannya telah menukarkan nama
kepada “BERA”. Memang benar selepas melihat IC kawannya tertera nama
“BERA”. Mungkin penduduk di daerah Sekincan mengenali beliau. Kononnya
kawannya telah berkahwin dengan anak orang bunian Tasik Bera. Setahun
sekali beliau menghilangkan diri selama 3 bulan kerana tinggal bersama
isteri bunian di alam bunian.
Sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah kepada pembaca. Beliau
mempunyai dua orang isteri. Penulis telah ke rumah beliau di Kuala
Selangor (Isteri Pertama). Hari kedua beliau panggil jumpa di Sekincan
pula di rumah isteri kedua. Orangnya simple sahaja kerja kampung tapi
banyak menceritakan kisah-kisah misteri tentang alam bunian.
Selepas itu beliau menghulurkan duit diatas sebagai bukti. Penulis
ambil dan pegang duit RM10 yang sekeping besarnya dan amati memang duit
betul dan asli. Untuk mengesahkan sama ada duit itu palsu atau dicetak
dengan printer ke atas kertas yang bermutu tinggi. Penulis telah membawa
duit tersebut berjumpa dengan seorang kawan yang bekerja di sebuah
bank. Beliau juga mengesahkan memang duit RM10 itu memang asli bukan
palsu. Beliau hairan bagaimana duit RM10 yang dicetak di luar negara dan
dipotong menjadi kepingan seperti yang kita gunakan sebelum dihantar ke
BNM. Macamana boleh terdapat RM10 yang masih belum dipotong?? Soalan
itu susah nak dijawab kerana duit ini kononnya diambil dari alam bunian.
Penulis telah menyimpan selama seminggu lebih selepas mengesahkan ia
memang benar dan asli. Selepas memulangkan wang tersebut. Si Bera
mempelawakan jika mahu banyak wang bunian, beliau boleh ambil lagi tapi
ada syarat-syaratnya. Untuk menggunakan duit yang belum dipotong. Upah
potong oleh orang bunian kena bayar. Kena sedekah beras, surah yaasin
kepada masjid.
Wang untuk upah memotong duit itu jika diminta pada tarikh-tarikh
tertentu mesti kena sediakan. Tak boleh awal atau lambat. Contohnya jika
wang upah memotong diminta selepas solat zohor sebanyak RM1000 dihantar
ke alam bunian (lokasi dikawasan hutan di sekitar hutan berdekatan)
sebelum jam 3.00 petang. Berkejarlah ke lokasi tersebut dan bila sampai
dipinggir hutan, Si Bera membaling duit upah tersebut ke kawasan dalam
hutan dan kami terus balik. Beliau kononnya telah berjumpa bunian itu
dan menyerahkan duit.
Masuk hari berikutnya, pelbagai lagi kerja menghantar beras dan surah
yaasin telah kami sediakan dihantar ke sebuah masjid di Selangor.
Sebenarnya penulis ingin melalui pengalaman ini kerana hendak tahu benar
ke atau tidak ada kewujudan alam bunian yang pernah diceritakan oleh
kawan-kawan.
Selepas beberapa hari pula, penulis telah menerima telefon mengatakan
upah diminta lagi oleh orang bunian sebanyak RM3000. Jadi penulis tarik
diri sahajalah selepas itu kerana macam ni orang bunian pun penipu
juga. Jadi selepas itu kawan penulis yang dua orang lagi sanggup
meneruskan kerja-kerja untuk mendapat duit dari alam bunian.
Sehingga kini, penulis tidak tahu sama ada mereka dua orang ini
berjaya atau tidak menjadi kaya dengan duit alam bunian. Dengar
khabarnya dua orang kawan ini sehingga kini masih belum menerima dan
telah rugi hampir RM30 ribu kerana mengejar duit alam bunian yang
kononnya yang dijanji oleh orang bunian jika selesai memotong. Dua orang
kawan ini masing-masing akan menerima setengah juta seorang.
Dari pengajaran kisah ini. Jangan kita menjadi tamak dan lekas
percaya walaupun perkara itu memang benar. Ada orang yang berjaya
mendapat duit dari alam bunian. Buat bangalow dan menunai haji.
Disebalik kisah sekiranya ada orang yang ingin jadi kaya dengan “tarik
duit”. Jangan terlibat sebab bukan senang nak senang. Seperti orang yang
membela toyol…mana ada yang kaya pun.
Penulis terlibat pada masa yang awal sahaja dan tarik diri
cepat-cepat kerana cukuplah dengan pengalaman tersebut. Bunian adalah
satu golongan jin samada Islam atau kafir. Penulis tidak tahu. Kata-kata
masyhur yang selalu kita dengar “Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat
manusia”. Tapi ada Bertaubatlah jika ada pembaca yang masih ingin kaya
cara senang. Perpatah bahasa inggeris pernah berkata “Thеrе іѕ nο
shortcut tο richness”. Jadi berusahalah dengan kuat untuk berjaya.
Jika kita baca dalam majalah-majalah tempatan, banyak kisah tarik
duit orang bunian. Tarik duit dengan berzikir, Ambil barang dari alam
bunian. Dan yang penulis tengok sendiri. Abang sepupu sebelah isteri
mengambil barang kepunyaan Sultan Melaka di Beting Beras Basah, Bagan
Datoh, Perak dikawasan pertabalan Sultan Perak. Beliau mendapat 5 bilah
keris dan peralatan istana. Semasa upacara diambil dibuat. Anak Sultan
Perak yang dahulu sultan Idris berada bersama. 3 bilah keris di
pulangkan kepada warisnya. 2 bilah keris disimpam oleh abang sepupu.
Sarung keris disalut dengan emas putih dan emas kuning yang nilai
ditafsirkan oleh Muzium Negara sebanyak RM200 ribu. Dan sebilah keris
lagi dengan hulu pemegang berkepala burung helang dan dimulutnya
terdapat batu delima merah yang tak ternilainya. Barang-barang tembaga
dan dulang yang diambil dari dalam air itu termasuk 5 bilah keris dengan
cara meraba-raba didalam air yang keruh itu kononnya barang yang
dibuang semasa anak Sultan Melaka yang terakhir tersangkut di Beting
Beras Basah pada tahun 1500 – 1511 sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan
Portugis . Tujuan dibuang peralatan tersebut ke dalam sungai bagi
meneruskan perjalanan. Ini adalah kisah benar dalam sejarah Kesultanan
Perak.
Banyak perkara yang misteri yang tidak terjawab dan tidak boleh
diterima akal kerana rahsia-rahsia alam yang ghaib hanya dapat dijawab
oleh mereka yang arif sahaja. Adalah lebih baik bagi kita menjejak kaki
di alam realiti dari mencari alam ghaib kerana takut terpesong akidah.
Sebagai penulis yang ada pengalaman dengan alam ghaib sebelum ini.
Memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin meneroka dan mencari alam
ghaib usahlah diteruskan niat tersebut kerana kerja-kerja tersebut
adalah membuang masa, duit dan tenaga. Hasilnya sifar!
Sekian wasallam.
Kononnya duit ini pun diambil dari alam ghaib.. serial nombornya special EP3333333.
Sifubiz.com - Buat Duit Online Secara Betul dan Pantas
Monday, June 24, 2013
Duit Alam Bunian, Benar atau Bohong?
Posted on 6:30 AM by dailymoney
| No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment