Tuesday, July 30, 2013

Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta

 
Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta



KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin

Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.

Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Sunday, July 21, 2013

Tips Pemasaran Rasulullah Untuk Usahawan Online & Offline

Alhamdulillah kita berjumpa lagi. Artikel saya kali ini berkait tentang teknik pemasaran yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang saya catatkan ini adalah sebahagian dari gaya perniagaan Rasulullah s.a.w. yang merupakan sunnah yang perlu kita semua ikuti dan sampaikan kepada semua ummat baginda s.a.w. demi manafaat juga kecemerlangan bersama.

pemasaran1pemasaran2

Konsep Pemasaran 4P telah digunakan oleh nabi s.a.w. dalam sepanjang aktiviti perniagaan baginda sebagai pedoman buat seluruh ummatnya agar tidak mudah tergelincir dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Selain mencegah perbuatan yang dilarang oleh Allah, gaya pemasaran yang Rasulullah s.a.w. amalkan ini mampu menjadikan kita seorang usahawan yang benar-benar cemerlang serta memberi manafaat kepada seluruh penghuni alam.

1- Produk (Produk)
Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan” (Al-Baqarah: 168)

2- Promosi (Promotion)
Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah s.a.w. menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli.
Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual dan pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu bersungguh-sungguh berusaha untuk menjauhi diri daripada sumpah atau janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan” (Direkodkan oleh Muslim)
Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda : ” Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dengan cara yang tercela” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing)
Harga sesuatu barang dagangan atau jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah s.a.w. mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar : “Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)
Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dengan menekankan pada kualiti produk dan memberi nilai hebat kepada pelangan dari produk yang dipasarkan.

4- Pemilihan Lokasi (Place)
Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi atau pemilihan tempat dalam perniagaan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa.
Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah s.a.w. menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dengan para pedagang tempatan dan luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya.

Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dengan lebih jelas dalam hadith baginda s.a.w. daripada Jabir : ” Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain.” (Direkodkan oleh Muslim).

Dapat difahami secra umumnya, semua strategi yang mengundang kepada ketidakadilan & kezaliman kepada mana-mana pihak adalah dilarang menurut Rasulullah s.a.w. dan wajib dielakkan diamal oleh para peniaga. Etika dan amanah serta jujur dalam berniaga amat penting demi mendapatkan rezeki yang halalan toyyiban!
Terdapat lagi beberapa elemen penting yang ingin saya kongsikan dalam artikel saya akan datang berkaitan ilmu pemasaran Rasulullah, inshaAllah. Jangan jemu atau berhenti berkunjung ke blog PUIM.my ya…

Tips Pemasaran Kaedah Rasulullah di atas amatlah sesuai dilaksanakan dalam perniagaan online juga perniagaan konvensional atau offline. Gunakan kreativiti masing-masing dalam memproses maklumat di atas untuk di praktikkan dalam urusan perniagaan. Wallaahu’alam.
Sumber : http://puim.my/

Saturday, July 20, 2013

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama
9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama
Ramai jugak aku dengar yang merungut sebab bateri laptop diorang tak tahan lama. Tapi takpe, aku nak kongsikan sedikit cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama.

1. Elakkan guna ‘high performance’ dekat power setting sekiranya guna bateri.

2. Kecerahan skrin perlu di adjust sebabnya kalau skrin korang tu terang sangat guna bateri pun kuat la.
3. Jangan letak laptop atas katil kerana laptop cepat panas dan dapat mengurangkan jangka hayat bateri.
4. Jangan cucuk external hard disk, wireless mouse dan keyboard ketika laptop guna bateri.

5. Uprgrade RAM kerana RAM yang perlahan boleh menyumbang kepada penggunaan bateri yang lebih.

6. Pastikan kipas bawah laptop tu tak kotor dan condongkan laptop tu sikit untuk pengudaraan. Kalau laptop korang panas, kipas laptop korang akan berpusing dengan lebih laju dan akan menggunakan bateri lebih. So rajin-rajinkan la tangan tu mencuci kipas laptop ye.

7. Kalau ada power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

8. Cucuk ke power supply bila dah keluar notification bateri nak habis. Sebab baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak. So, bateri akan cepat rosak.

9. Tukar bateri baru untuk laptop setiap 18 bulan.

Aku guna laptop ni dah dekat 5 tahun. Bateri laptop aku ni dah teruk sangat. Tak sampai 15 minit dah habis bateri. Lagi satu bateri laptop ni pun mahal jugak. Memang lagi la berat nak tukar. Laptop korang macam mana? Aku yakin korang pun tak pernah tukar jugak kan..kekeke
Sumber : http://nicknashram.blogspot.com/

Tuesday, July 9, 2013

Gempar! Penipuan Manusia Terapung Terbongkar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mungkin ramai pernah melihat silap mata atau ‘magic’ seperti ini, ramai yang kagum dan teruja dengan persembahan tersebut tanpa mengetahui bahawa itu adalah teknik penipuan semata-mata.. Tengok gambar di bawah..


Dalam gambar terakhir ini segala teknik mengapungkan diri beliau telah dirungkai. Dia menggunakan satu palang kukuh berupa tangan manusia yang boleh melekat di dinding. Set keselamatan yang berupa tali kukuh diikat pada kedudukan bikininya dan disembunyi dalam pakaian sut berwarna hitam. Seniman ini memaut palang tersebut sambil beraksi seolah-olah memegang dinding sambil terapung.

Sunday, July 7, 2013

Cara nak lajukan internet dengan hack IP address

Sebelum ni aku dah tulis entri pasal cara nak lajukan speed broadband celcom yang dah habis limit. So, sekarang aku nak share pulak cara nak lajukan speed internet korang..tak kisah la guna wifi,streamix, unifi ke hape..ada masa-masa tertentu slow jugak kelajuan internet tu. Aku rasa internet rumah aku jadi slow sebab download banyak sangat movie..pendownload tegar..heheh

 
CARA NAK LAJUKAN INTERNET 
 
1. Right click kat desktop dan pilih NEW > SHORTCUT
2. Taip code ini : c:\windows\system32\ping YOURIPADDRESS -t
3. Tukar YOURIPADDRESS dengan IP Address korang. Contoh : c:\windows\system32\ping 192.168.10.111 -t
4. Tekan NEXT dan RENAME shortcut tu dengan nama yang korang suka. Pastu tekan FINISH.

 
CARA NAK DAPATKAN IP ADDRESS

1. Pergi kat START dan tulis "cmd" dan akan keluar COMMAND PROMPT
2. Lepas itu, taip "ipconfig" dalam kotak "cmd"
3. Kemudian, cari perkataan "IPv4 Address"..kat situ akan dinyatakan ip address korang.


Ok, just a simple tips..internet aku dah laju sikit. Inform aku ye kalau internet korang dah laju :)

Wednesday, July 3, 2013

4 Gambar Sebenar Bayi Farid Kamil & Diana Danielle

4 Gambar Sebenar Bayi Farid Kamil & Diana Danielle | Setelah banyak spekulasi timbul mengenai kelahiran anak pertama pasangan selebiriti, Farid Kamil dan Diana Danielle, akhirnya mereka berkongsikan berita gembira dimana bayi sulung mereka selamat dilahirkan.



gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

Menerusi Instagram Farid Kamil, dia berkongsi gambar bayi lelaki dengan caption "welcome to the world my son" selain memberi tahu bahawa bayi ini seberat 4.39kg.

gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

Sebagai info, Diana Danielle selamat melahirkan bayi lelakinya ini di Australia.

gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

Tahniah diucapkan kepada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle.

Sumber - http://www.akupunyer.com/

Tuesday, July 2, 2013

5 Jenis Orang Yang Bakal Jadi Jodoh Anda


Berdasarkan pemerhatian aku la, kebanyakan jodoh yang orang biasa dapat..biasanya datang daripada kategori kat bawah ni. Kalau tak percaya cuba baca.
 
1. Orang Yang Dibenci
Kalau masa kecik-kecik dulu korang pernah benci atau menyampah dengan someone..maklum la kecik-kecik dulu hingus memeleh lagi. Tapi bila dah besar cantik bergaya, orang yang korang benci tu jugak korang berkenan.
 
2. Kawan Sekolah Dulu
Yang ni ramai..habis SPM masing-masing lost contact. Jumpa pun masa buat reunion. Masa ni la boleh nak usha-usha balik..tu pun kalau ada yang masih single..hehehe. Kawan sekolah aku dulu ramai yang pasangan diorang dari sekolah yang sama.
 
3. Kawan Masa Universiti
Aku nak habaq kat korang, kalau nak cari pasangan kat universiti tempat korang study sekarang ni memang terbaik. Dan biasanya hubungan korang akan kekal sampai korang kahwin. Lagi satu, susah bila korang dah kerja dan baru nak cari pasangan macam tuan punye blog ni..kekeke
 
4. Kawan Sekerja
Yang ni standard la..kahwin dengan rakan sekerja satu bumbung. Tak kiralah artis ke, doktor ke, cikgu ke..diorang kata mudah kahwin dengan orang yang kerja satu pejabat atau yang sama kerja dengan kerja kita..mudah nak faham tugas diorang kot.5.Mak Ayah Cari
Kalau dalam kategori 4 jenis orang kat atas tu tak jumpa jugak, jodoh korang biasanya mak ayah akan cari. Mak ayah kan dah lama makan garam..mesti dia cari yang terbaik. Kawan aku dapat isteri mak ayah dia cari.
 
5 Jenis Orang Yang Bakal Jadi Jodoh Anda. So siapa pilihan anda?

Teknik Rahsia Kerja di Rumah

bisness-dari-rumah-tanpa-modal

As salam & salam sejahtera,
Teknik Rahsia kerja di rumah ini akan memberikan anda kerjaya yang “Rock Solid” dan dapat memberikan pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada kelayakan akedemik anda walaupun anda mempunyai “ZERO” pengetahuan tentang IT!

Bagaimana teknik rahsia kerja di rumah ini dapat membantu anda mencapai pendapatan 5 angka dan lebih sebulan? Tahukah anda 400,000 orang menggangur sehingga jun 2011?

Malah, pada Ogos 2012, seramai 347,200 orang masih lagi menganggur pada kadar 2.7 peratus berdasarkan data daripada Jabatan Tanaga Kerja. Malah statistik dari Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orangdisebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan. “Patut la saya susah nak cari kerja, saya terpaksa bersaing dengan terlalu ramai graduate..”

Inilah masanya untuk anda membina kerjaya anda sendiri tanpa perlu menunggu bulan untuk jatuh keriba. Peluang ini tidak datang sekali. Jika anda kerja sekalipun, belum tentu anda akan mendapat kerjaya yang dapat memberikan anda gaji RM 5,000 keatas bukan?

Kata Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud “Kini, katanya, bilangan syarikat yang mempunyai laman web masih lagi kecil kerana hanya 100,000 daripada lebih 700,000 syarikat PKS di negara ini yang mempunyai laman web.”

Ini bermakna peluang untuk anda mendapatkan pelanggan sangatlah luas. Bayangkan, hanya  1/7 daripada syarikat PKS sahaja yang memiliki laman web. Jika anda boleh sasarkan untuk mendapat hanya 1% daripada jumlah syarikat PKS yang masih tidak memiliki laman web, 6000 syarikat bolehmenjadi pelanggan anda.

Ini peluang anda untuk memiliki kerjaya yang hebat dengan hanya kerja di rumah. Bacalah peluang ini sampai habis untuk mengetahui apakah yang telah tersedia untuk anda.

Bagaimana Jika Saya Tidak Mahir Didalam IT?
Jangan risau, saya sudah sediakan segalanya untuk anda dari A-Z. Sebab itulah saya memanggil pakej kursus kerja di rumah ini sebagai “Business In The Box”. Ia mengandungi setiap aspek didalam perniagaan IT Consultant yang boleh diikuti oleh setiap orang walaupun anda tidak mahir menggunakan komputer.

Bukankah Membina Laman Web Ini Sangat Susah?
Mungkin pada 5 tahun lepas, proses pembinaan laman web sangat memenatkan. Saya sendiri terpaksa bersusah payah untuk mempelajari PHP, HTTP dan FTP melalui perisian Dreamwever dan Filezilla pada awal-awal penglibatan saya didalam IT Consultancy.
Namun sejak kehadiran WordPress, proses pembinaan laman web sangat mudah dan cepat. Sebab itulah saya yakin bahawa jika anda tidak mahir IT pun boleh menjalankan perniagaan ini.

Sebelum saya pergi lebih lanjut kepada penerangan mengenai kursus ini, saya ingin menerangkan mengapakah kami di sini ini sanggup untuk mendedahkan segala rahsia perniagaan kami kepada anda?
Jawapannya adalah mudah sahaja. Kami sudah mencapai tahap yang tinggi dan pelanggan kami biasanya adalah syarikat-syarikat besar. Namun, masih banyak syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang memerlukan bantuan untuk membantu mereka meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.

Oleh itu, kami ingin berkongsi ilmu ini supaya anda dapat membantu mereka dan pada masa yang sama menjana pendapatan yang lumayan. Saya yakin yang Teknik Rahsia Kerja di rumah ini dapat mengubah kehidupan anda dan anda akan terus menjana pendapatan berterusan.


Klik di sini ~~> TEKNIK RAHSIA KERJA Di RUMAH

Monday, July 1, 2013

Seru Rezeki Cara Halal.. Cer cuba ni..




Rahsia keramat seru rezeki cara halal yang disayang Tuhan ada dalam ebook ini.
Kini, ia bukan lagi rahsia, malah buat rezeki ‘geram’ dengan kita.
Alhamdulillah, seorang lagi pembeli ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki peroleh rezeki tak diduga malah dibalas 100 kali ganda.
Subhanallah.
Ebook ini bakal buat rezeki ‘mesra’ dengan kita. Dengan izin Allah, ia berlaku.

~~~> http://bit.ly/13dZe3o

Mat Yo naik angin, lempar pingat ke tong sampah


"MatYo_JDTPenyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo di antara yang paling kecewa kerana hanya bergelar naib juara Piala FA sabtu lalu. Mana taknya, kalau JDT menang, Audi Q7 mungkin menjadi miliknya.

Pemain terbaik negara antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Bukit Jalil.

Kemuncaknya anginnya apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan seperti dilaporkan Berita Harian. Dia juga enggan ditemuramah.

Dia berhak marah dan kecewa kerana Mat Yo sendiri tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan. Paling mengecewakan Mat Yo apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Lain kalilah!! Tak pe, pingat tu dikutip semula… - Lagi