Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling
ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih
bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Memang
sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri
kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun
lautan, semuanya perlu diredah bersama.
Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka
semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’
di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada. Bercinta
sekadar sebulan masih mampu diterima, tetapi jika sudah mempunyai tiga
anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur
dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’,
itu bukan sesuatu yang kelakar.
Jika dahulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri
pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat
mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan
baik agar rumahtangga kekal bahagia selama-lamanya. Tetapi adakah kita
mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan
menerima kunjungan si perampas itu? Jangan menyimpan dendam dan ingat
akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun
dikurniakan anak.
Kenapa perempuan lain di luar sana selalu menghukum wanita bernama Wan
Sakinah, Fasha Sandha, Noniswara, Neelofa, Siti Nurhaliza (sekadar
menyebut beberapa nama sebagai contoh) sebagai perampas? Kenyataannya,
isteri perlu cermin diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain sesuka
hati.
Mari lihat lihat bagaiman ‘merampas’ semula suami kita.
1. Tenangkan diri, jangan menangis
Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib
diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke
hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan
keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai
penyelesaian setiap konflik yang berlaku. Tidak dinafikan ada hati
terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba
‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu `pertarungan’ menarik di
ranjang. Jadikan diri anda yang paling hebat dan menakluk kembali
hatinya daripada dimiliki orang lain.
2. Imbas kenangan manis masa lalu
Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan
sesuatu yang si dia suka, ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang
pernah kamu berdua lalui. Kata orang bertepuk sebelah tangan tidakkan
berbunyi. Kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah
segera menyalahkan pihak ketiga. Bersabar dan jangan cepat melatah.
Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah.
3. Belai manja sambil memuji suami
Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat
‘najis’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang
melegakan. Jangan sekali-sekali memaksa sekiranya dia tidak mengaku
kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Fitrah lelaki sentiasa
ingin dibelai. Jika mereka yang menimbulkan masalah, maka gunakan
senjata itu untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan
terkilan di hati, tetapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan
rumah tangga. Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti
yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu
mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.
4. Fokus pada keluarga dan anak-anak
Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada
perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah
komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki,
kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri.
Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan
lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya
bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari
hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda.
Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan
tidak pernah cukup apabila dicari.
5. Cuba perbaiki diri sendiri
Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau
mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda
mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan
mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. Selepas melihat
kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi
kemampuannya. Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan
bertemu bomoh, tetapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu
memulihkan semula keadaan. Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan
sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’
kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk
memulihkan keadaan.
Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana
setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan
dan selamatkan dulu perhubungan anda. Usah biarkan dugaan yang datang
sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.
Sumber
Sifubiz.com - Buat Duit Online Secara Betul dan Pantas
Sunday, May 4, 2014
5 Tips Bersaing Dengan Perampas Suami Orang Untuk Para Isteri Yang Teraniaya!
Posted on 5:22 AM by dailymoney
| No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment