Sunday, May 4, 2014

5 Gambar: Awan Kalimah Allah-Muhammad Di Langit Brunei Pada Hari Pengumuman Hudud!

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, telah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.




Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, pada 1 May 2014 selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober tahun lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak. “Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka.

KALIMAH ALLAH DILANGIT:

Namun apa yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang, sewaktu pengumuman hukum hudud itu di langit Brunei telah berlaku satu kejadian luar biasa…





Orang ramai telah melihat kalimah Allah dan Muhammad di langit. Kejadian itu sempat dirakam oleh orang ramai.




Samada kejadian ini benar atau tidak, belum dapat dipastikan, kerana info ini adalah dari kiriman seorang rakan di facebook. Wallaahu’alam.

Sumber

0 comments:

Post a Comment