Friday, April 11, 2014

Wanita dibicara kerana potong kolopir suami

LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 50 tahun, Catherine Kieu Becker memotong kemaluan suaminya dengan sebilah pisau kerana diselubungi perasaan marah selepas menyangka mangsanya itu mempunyai kekasih lain.

Menurut peguam wanita itu, Frank Bittar, Catherine mengalami trauma sepanjang hayatnya selepas dia hidup semasa negara kelahirannya, Vietnam dilanda peperangan.

Bittar dalam hujahnya di sebuah mahkamah semasa perbicaraan kes itu berlangsung berkata, wanita itu juga pernah dirogol oleh seorang abang kandungnya semasa dia berusia enam tahun.




Selepas berpindah ke California dan berkahwin buat kali pertama pada tahun 1984, dia kemudian bercerai pada tahun 1997.

"Dia (Catherine) tidak cemburu, bukannya zalim dan seorang janda yang jahat," kata Bittar semasa berhujah pada hari pertama perbicaraan kelmarin di Santa Ana, California.

Wanita tersebut kemudian berkahwin buat kali kedua pada Disember 2009.

Menurut peguam tersebut, suaminya itu merupakan seorang pelaku seks yang terlalu aktif sehingga dia menggunakan ubat mati pucuk dan memaksa Catherine melakukan hubungan seks yang menyakitkan.

Bittar berkata, dalam pemikiran wanita tersebut, dia melakukan perbuatan itu kerana hendak menghentikan tindakan suaminya.

Kemaluan yang telah dipotong itu kemudian dibuang ke dalam mesin pelupusan sampah.

Jika disabitkan kesalahan, Catherine akan dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan perbuatan itu.

Dia dituduh membubuh ubat tidur dalam makanan malam suaminya yang berusia 60 tahun sebelum mengikat dan memotong kemaluannya di rumah mereka di Garden Grove, timur laut Los Angeles pada tahun 2011.

Bagaimanapun, pendakwa raya John Christl berhujah, kes itu adalah tentang seorang suami yang mahu menceraikan isterinya.

Menurut Christl, Catherine enggan menerima perceraian itu menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suami wanita itu yang turut memberi keterangan memberitahu, dia tidak akan memperoleh semula kehidupan seperti lelaki normal lain.

Menurutnya, proses pemulihannya tidak akan berakhir walaupun dia telah menjalani pembedahan selepas kemaluannya dipotong.

Sumber