Saturday, June 29, 2013

4 Cara Mudah Nak Elak Blog Kena Hack


Isu blog kena hack bukanlah satu isu biasa dan banyak blog yang sudah digodam atas tujuan tertentu. Malaysia antara negara yang ramai pemilik blog yang banyak di hack. So, aku nak share la tips dan cara simple nak elak blog dari kena hack.


1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email korang panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.


  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9

2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun korang dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.


3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email korang. So, bila korang sign up untuk masukkan email dan password, korang akan dibawa ke satu lagi laman di mana korang kena masukkan kod yang dihantar ke handphone korang. Kalau ada orang nak hack blog korang, hacker tu perlu ada password dengan handphone korang sekali.



4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog korang kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog korang dalam bentuk *.xml ke laptop korang sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog korang akan ditukar dan korang dah tak boleh nak login. Caranya : 

  

P/S : Kalau korang ada cara lain lagi, boleh la tulis kat ruangan komen untuk reupdate :)

Friday, June 28, 2013

Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)

Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.


Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah


Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan


Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi


Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai


Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi


Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku

Perkahwinan Diraja Kerabat Kelantan Dan Brunei



Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. [Baca seterusnya...]"

Thursday, June 27, 2013

ISU GAMBAR NABILA HUDA MAKAN ASAP DAN PUNTUNG ROKOK!


NABILA HUDA KONGSI GAMBAR MAKAN ASAP DAN PUNTUNG ROKOK DI INSTAGRAM | Nabila Huda merupakan artis wanita Malaysia yang tidak pernah lekang dari kontroversi. Terbaru, beliau telah berkongsi aksi beliau memakan asap puntung rokok di laman sosial yang mendapat perhatian ramai.
Berikut ialah antara respon peminat kepada gambar kontroversi terkini Nabila Huda yang  dimuatnaik ke akaun Instagram.
Nampaknya, ramai yang memberi komen positif dan pujian kerana gaya Nabila Huda dalam gambar berkenaan yang sempoi dan bersahaja namun kreatif.
Apa pulak komen anda?

Wednesday, June 26, 2013

Etnik Tercantik Didunia Namun Bukan Sebarangan Orang Boleh Melihatnya

Sibi Mela juga menjadi momen yang dimanfaatkan etnik setempat untuk menggelar pernikahan. Selama minggu penyelenggaraan Sibi Mela, banyak keluarga-keluarga Pushtun yang menikahkan anak-anak perempuan mereka. Sibi Mela adalah festival yang sudah berlangsung ratusan tahun di Sibi, wilayah Balochistan, 160 km dari lembah Quetta. Jangan hairan jika ketika berada di Sibi pada saat festival, pelancong boleh melihat keramaian keluarga-keluarga yang menikahkan anak gadis mereka. Cuba saja bersikap ramah dan berkenalan, siapa tahu anda boleh ikut diundang dalam meriahnya pesta pernikahan Pushtun. Namun, hormati budaya mereka ya.Jangan sembarangan memfoto gadis-gadis Pushtun yang cantik jelita. Adat istiadat setempat cukup tegas melarang foto tanpa izin pihak keluarga. Mereka biasanya bimbang fotonya disebarluaskan.

Kalau memang demikian, ya tidak apa-apa. Kagumi saja kecantikan gadis-gadis Pushtun ini dengan pandangan mata, dan biarkan jadi kenangan indah saat traveling di Pakistan.
Konflik bersenjata dan keadaan politik membuat negeri-negeri Pushtun tidak masuk dalam arus utama pelancongan dunia. padahal negeri ini punya sejuta pesona dan juga gadis-gadis Pushtun yang berbalut kerudung, Iran, Afghanistan dan Pakistan punya pancaran kecantikan yang tidak tertanggung. Banyak yang sudah membuktikannya!

Berikut, beberapa foto gadis-gadis ber-etnik Pushtun tersebut:








Cara nak dapat 1000-1500 visitors sehari ke website atau blog anda


 
Bagi blogger baru seperti aku, bukan mudah nak dapat jumlah visitor dan jumlah UV 1000 ke atas setiap hari. Setakat menulis entri dan publish entri di dalam blog sahaja tanpa ada platform lain serta penggunaan SEO yang dapat membantu untuk meningkatkan trafik adalah sesuatu yang mustahil bagi blogger baru untuk memperolehi jumlah visitor 1000 ke atas setiap hari. Buat blog memang mudah, yang payahnya adalah nak maintain trafik dan tarik pembaca ke blog anda. Aku bukan pandai sangat pasal ni, tapi selama 4 bulan blogging boleh tahu sedikit sebanyak cara untuk nak kekalkan momentum trafik blog. So, aku nak kongsi la sedikit cara yang aku buat untuk maintain trafik dan visitor.
 
Bagaimana Mendapat 1000 Visitor Dan UV Sehari?
1. Pilih topik yang menjadi carian dan bacaan ramai orang
Cari topik yang panas. Topik yang panas bukan bermaksud topik seks atau lucah tetapi topik yang orang selalu cari. Sebelum anda menulis sesuatu entri, fikir dahulu apa topik yang selalu orang ramai perlukan dan buat sedikit research kat internet untuk menyokong idea dalam entri anda nanti. Biasanya orang selalu cari tentang tips, petua, isu semasa, gosip dan tutorial. Elakkan dari menulis kisah peribadi anda.

2. Buat banyak backlink dalam entri
Kalau anda jenis yang malas nak update blog dan blogwalking, tulis satu entri dan buat backlink kepada entri-entri lama supaya entri lama tidak terbiar begitu sahaja dan visitor anda juga akan terus membaca blog anda tanpa henti. Tidak perlu backlink daripada orang lain pun takpe. Anda buat backlink sendiri. Anda promote entri-entri lama dalam entri baru. Dengan itu, orang akan baca entri baru dan entri lama anda sekaligus. Contoh tengok disini : Pentingnya Membuat Backlink Untuk Naikkan Trafik Blog

3. Ping entri anda di laman web
Setiap kali siap menulis entri, jangan lupa ping entri anda itu ke laman web seperti Apesal.com, GuaBlog.com, Oh!Belog.com, Busuk.org dan sebagainya. Gambar kat bawah ni adalah sumber trafik paling banyak aku dapat bila ping entri kat laman web tersebut. Dengan topik dan entri yang bagus, kemungkinan blog anda akan menerima trafik tinggi adalah sangat cerah. Contoh tengok disini : Laman Web Untuk Ping Blog 
 
4. Ping entri anda di laman sosial Facebook adalah platform yang terbaik untuk anda mendapat ramai visitor. Join je mana-mana group dalam facebook seperti Kelab Blogger, Blogger Zone, Blogger Malaya dan sebagainya untuk mempromosikan blog anda. Dan digalakkan juga untuk anda ping entri itu ke fanpage atau group berdasarkan jenis entri anda. Kalau entri itu mengenai kisah cinta atau tips bercinta, cari fanpage  yang berkaitan dengan cinta dan ping entri anda di situ.

5. Selalu update blog
Pastikan blog anda sentiasa ada post dan entri terbaru. Update blog berdasarkan isu semasa. Kalau anda suka menulis tentang gosip, carilah isu terbaru tentang artis tanah air dan sebagainnya. Walaupun entri yang ditulis itu pendek tetapi ada info adalah lebih baik dari tak ada langsung. Entri yang evergreen lebih baik untuk blog mendapat trafik yang berterusan.

6. Penggunaan keywords yang berkesan
Banyak fokuskan kepada keywords di dalam entri anda. Jika tajuk entri anda mengenai kisah artis seperti “Artis Malaysia Yang Bertudung” pastikan keywords yang sama itu diulang di dalam setiap entri. Penggunaan keywords yang berkesan membolehkan entri anda senang orang nak cari dan tak mustahil boleh berada di tangga pertama dalam enjin carian. Ada jugak blogger yang menggunakan keywords seperti ” Gambar Hot dan Seksi Neelofa” atau “Keputusan Perlawanan Malaysia Menentang Chelsea” pada tajuk entri mereka tapi bila dibaca takde pun. Sekadar keywords sahaja untuk menarik pembaca. Terpulanglah pada anda.
Sumber : http://nicknashram.blogspot.com

Tuesday, June 25, 2013

8 Tips Lebatkan Rambut



Tips Lebatkan Rambut

Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Oleh itu, bagi anda yang ingin dapatkan rambut yang lebat, saya sediakan tips lebatkan rambut di bawah:

1-Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.
2-Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.
3-Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.
4-Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.
5-Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.
6-Tip2 lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.
7-Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.
8-Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

Jika anda tidak mampu untuk ikut 8 cara di atas untuk lebatkan rambut, jangan risau. Ada teknik lain yang boleh anda gunakan tanpa perlu ambil masa yang lama. Download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di DOWNLOAD DI SINI.

3 Punca Kegagalan Perniagaan Internet – Buat Duit Online



Irfan Khairi, jutawan internet muda yang tersohor menyatakan, bahawa kos untuk memulakan perniagaan internet adalah serendah RM500. Namun, kos yang rendah tidak bermakna kita akan mempunyai risiko kegagalan yang rendah.

Ini jelas membuktikan bahawa perniagaan internet tidak boleh dipandang mudah. Nama-nama yang disebutkan di atas merupakan nama individu. Syarikat besar yang bernilai ratusan juta dolar juga tidak terlepas daripada mengalami kegagalan dalam perniagaan internet.

Gο.com dan Boo.com Lesap Sekelip Mata
Berdasarkan buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, oleh Irfan Khairi, beliau menyatakan bahawa Gο.com dan Boo.com merupakan syarikat perniagaan internet, yang mengalami kegagalan besar.
Ini kerana, wang pelaburan yang bernilai lebih daripada jutaan ringgit sudah lesap, tanpa mengetahui punca yang sebenarnya.

Menurut Irfan Khairi, kegagalan syarikat-syarikat besar tersebut adalah berpunca daripada:
Jika kita lihat pada keadaan sekeliling, hanya segelintir individu sahaja yang berjaya dalam perniagaan internet mereka. Antaranya adalah  Gero Azrul, Muaz Hadi, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari dan Ammar Zahar. Mereka ini merupakan usahawan internet yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Punca Kegagalan #1 – Pemasaran Emel Tidak Diutamakan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pelawat akan bertukar menjadi pembeli, selepas mereka melihat laman web kita lebih daripada 7 kali. Ini bermakna, kemungkinan untuk pelawat menjadi pembeli di saat pertama kali mereka memasuki laman web kita, adalah tipis.
Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian pelawat, supaya mereka rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang kita tawarkan.
Strategi terbaik yang boleh kita gunakan, adalah menerusi pemasaran emel. Kajian di WebProNews.com mendapati, hampir 90% perniagaan di internet terus kekal berjaya menjana sehingga jutaan ringgit setiap tahun, kerana mereka menggunakan pemasaran emel, sebagai senjata utama pemasaran mereka.

Punca Kegagalan #2 – Tidak ‘Outsource’ Kemahiran Lain
Bayangkan jika Google hanya diteruskan oleh dua orang individu sahaja hari ini, iaitu Larry Page dan Sergey Brin, pasti syarikat mereka akan terus tenggelam. Ini kerana, untuk membina perniagaan internet, kita perlu tahu bila masa yang sesuai, untuk melakukan ‘outsource’, yakni menyerahkan tugas yang bukan dalam bidang kepakaran kita, kepada orang yang lebih arif.
Apabila kita outsource, maka kita dapat mengurangkan beban kerja yang tidak diperlukan, seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain yang lebih produktif, agar perniagaan internet kita lebih lancar.

Punca Kegagalan #3 – Salah Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan
Menurut Puan Ainon, chairman syarikat PTS, asas bisnes adalah menjual apa yang pelanggan kita mahukan, bukan apa yang kita mahu jual pada pelanggan.
Ini kerana duit terletak di tangan pelanggan kita. Oleh itu, kita perlu pastikan bahawa produk dan servis yang kita mahu jual, bertepatan dengan kehendak pelanggan.
95% Punca kegagalan internet adalah kesilapan memilih produk dan servis untuk diniagakan di internet. Jadi, pastikan kita melakukan kajian terlebih dahulu, bagi mengenalpasti kehendak pelanggan.

Kemudian, cari produk untuk dijual kepada mereka. Ini adalah peraturan bisnes, kita jual apa yang mereka mahu.

Monday, June 24, 2013

Elakkan Diri Dari Berhutang



Kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis hutang apabila kita sudah bekerja. Paling ‘famous’ sekali ialah hutang pinjaman kereta. Paling teruk belum bekerja lagi sudah dibebani dengan hutang. Iaitu pinjaman PTPTN.
Di sini saya ingin memberi sedikit tips bagaimana untuk mengelak daripada berhutang.
  • Jangan sesekali membeli barang secara ansuran jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak. Kadar faedah yang tinggi menyebabkan anda membayar harga yang lebih tinggi daripada harga asal.
  • Jangan suka berhutang pada benda remeh. Suka sangat berhutang dengan rakan-rakan. Anda hanya sedar apabila hutang yang sikit tadi telah menimbun. Pernah dengar ‘sikit-sikit menjadi bukit’?
  • Pertimbangkan hutang sebagai langkah terakhir. Pilih hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah dan fleksibel.
  • Jika anda rasa anda mempunyai sifat boros, jangan guna kad kredit! Ini akan memburukkan lagi keadaan.
  • Jika anda mengimpikan sesuatu, sediakan satu dana khas untuk tujuan tersebut. Beli apabila dana tersebut telah cukup.
Di Malaysia, kita tidak boleh lari dari hutang. Sekurang-kurangnya hutang pinjaman rumah.
Moral di sini ialah elakkan dari berhutang. Rancang kewangan anda sebaik mungkin dalam menghadapi kos hidup yang semakin tinggi sekarang!

Forum Wangcyber – Tempat ilmu Buat Duit Secara Online



Kali ini saya ingin berbicara tentang tempat terbaik untuk mencari ilmu buat duit online. Ada pelbagai tempat di Internet untuk kita mencari ilmu untuk buat duit online. Salah satu yang terkenal dan terbaik adalah di wangcyber.com. Kepada otai-otai yang sudah biasa dengan buat duit di Internet memang biasa dengan Forum ini tetapi buat orang baru di Internet atau Newbie inilah tempat terbaik untuk anda bermula mencari ilmu buat duit di Internet.

Wangcyber.com adalah dimiliki oleh saudara Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Shuth di internet. Pada permulaan ketika Wangcyber.com bermula dulu forum ini biasa sahaja. Saya sendiri tidak menyangka forum ini akan hebat bertahan sehingga hari ini. Banyak forum yang terbit ketika itu tetapi satu demi satu rebah ke bumi dan offline. Banyak pembaharuan dan baik pulih untuk memadatkan lagi Forum ini telah dilakukan oleh saudara Shuth.

Ada pelbagai section yang menarik di Wangcyber yang mana pembaca-pembaca sendiri menceritakan pengalaman mereka buat duit di internet. Macam-macam teknik yang dipaparkan. Ada yang diberi secara percuma dan berbayar. Di sana ada juga artikel-artikel yang menarik dan percuma untuk tatapan pengunjung.

Kunjungi Wangcyber.com untuk ilmu Buat Duit Online sekarang. Praktis dan Praktis.

Suami Gagah Isteri Sayang



Akhirnya Terbongkar.. Rahsia untuk meningkatkan libido, stamina dan ketahan sepanjang malam tanpa dadah dan bahan terlarang dan kos yang tinggi.

Sesuai untuk suami isteri dan yang baru melayari bahtera perkawinan. Kepada anda yang menginginkan kehidupan seksual yang hebat, Akhirnya… di dalam privasi rumahtangga anda… anda kini boleh merasakan sendiri kuasa mentah “pemakanan dan perangsang seks terhebat ” yang boleh menjadikan anda seorang kekasih lagenda dan meninggalkan pasangan anda terlena dengan kepuasan…

Dapatkan maklumat lanjut di sini. (Harga Promosi Hebat)

Duit Alam Bunian, Benar atau Bohong?

Duit ini dikatakan diambil dari alam bunian! Kisah ini berlaku pada tahun 2008 dan penulis sempat scan dan simpan untuk kenangan penulis. Pada hari ini penulis nak mendedahkan kisah seorang kawan yang kononnya kawan beliau seorang ni! adalah anak angkat kepada penghulu orang bunian Tasik Bera, Pahang.

 duit_bunian

Selepas diambil jadi anak angkat, kawannya telah menukarkan nama kepada “BERA”. Memang benar selepas melihat IC kawannya tertera nama “BERA”. Mungkin penduduk di daerah Sekincan mengenali beliau. Kononnya kawannya telah berkahwin dengan anak orang bunian Tasik Bera. Setahun sekali beliau menghilangkan diri selama 3 bulan kerana tinggal bersama isteri bunian di alam bunian.
Sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah kepada pembaca. Beliau mempunyai dua orang isteri. Penulis telah ke rumah beliau di Kuala Selangor (Isteri Pertama). Hari kedua beliau panggil jumpa di Sekincan pula di rumah isteri kedua. Orangnya simple sahaja kerja kampung tapi banyak menceritakan kisah-kisah misteri tentang alam bunian.

Selepas itu beliau menghulurkan duit diatas sebagai bukti. Penulis ambil dan pegang duit RM10 yang sekeping besarnya dan amati memang duit betul dan asli. Untuk mengesahkan sama ada duit itu palsu atau dicetak dengan printer ke atas kertas yang bermutu tinggi. Penulis telah membawa duit tersebut berjumpa dengan seorang kawan yang bekerja di sebuah bank. Beliau juga mengesahkan memang duit RM10 itu memang asli bukan palsu. Beliau hairan bagaimana duit RM10 yang dicetak di luar negara dan dipotong menjadi kepingan seperti yang kita gunakan sebelum dihantar ke BNM. Macamana boleh terdapat RM10 yang masih belum dipotong?? Soalan itu susah nak dijawab kerana duit ini kononnya diambil dari alam bunian.

Penulis telah menyimpan selama seminggu lebih selepas mengesahkan ia memang benar dan asli. Selepas memulangkan wang tersebut. Si Bera mempelawakan jika mahu banyak wang bunian, beliau boleh ambil lagi tapi ada syarat-syaratnya. Untuk menggunakan duit yang belum dipotong. Upah potong oleh orang bunian kena bayar. Kena sedekah beras, surah yaasin kepada masjid.
Wang untuk upah memotong duit itu jika diminta pada tarikh-tarikh tertentu mesti kena sediakan. Tak boleh awal atau lambat. Contohnya jika wang upah memotong diminta selepas solat zohor sebanyak RM1000 dihantar ke alam bunian (lokasi dikawasan hutan di sekitar hutan berdekatan) sebelum jam 3.00 petang. Berkejarlah ke lokasi tersebut dan bila sampai dipinggir hutan, Si Bera membaling duit upah tersebut ke kawasan dalam hutan dan kami terus balik. Beliau kononnya telah berjumpa bunian itu dan menyerahkan duit.

Masuk hari berikutnya, pelbagai lagi kerja menghantar beras dan surah yaasin telah kami sediakan dihantar ke sebuah masjid di Selangor. Sebenarnya penulis ingin melalui pengalaman ini kerana hendak tahu benar ke atau tidak ada kewujudan alam bunian yang pernah diceritakan oleh kawan-kawan.
Selepas beberapa hari pula, penulis telah menerima telefon mengatakan upah diminta lagi oleh orang bunian sebanyak RM3000. Jadi penulis tarik diri sahajalah selepas itu kerana macam ni orang bunian pun penipu juga. Jadi selepas itu kawan penulis yang dua orang lagi sanggup meneruskan kerja-kerja untuk mendapat duit dari alam bunian.

Sehingga kini, penulis tidak tahu sama ada mereka dua orang ini berjaya atau tidak menjadi kaya dengan duit alam bunian. Dengar khabarnya dua orang kawan ini sehingga kini masih belum menerima dan telah rugi hampir RM30 ribu kerana mengejar duit alam bunian yang kononnya yang dijanji oleh orang bunian jika selesai memotong. Dua orang kawan ini masing-masing akan menerima setengah juta seorang.
Dari pengajaran kisah ini. Jangan kita menjadi tamak dan lekas percaya walaupun perkara itu memang benar. Ada orang yang berjaya mendapat duit dari alam bunian. Buat bangalow dan menunai haji. Disebalik kisah sekiranya ada orang yang ingin jadi kaya dengan “tarik duit”. Jangan terlibat sebab bukan senang nak senang. Seperti orang yang membela toyol…mana ada yang kaya pun.

Penulis terlibat pada masa yang awal sahaja dan tarik diri cepat-cepat kerana cukuplah dengan pengalaman tersebut. Bunian adalah satu golongan jin samada Islam atau kafir. Penulis tidak tahu. Kata-kata masyhur yang selalu kita dengar “Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”. Tapi ada Bertaubatlah jika ada pembaca yang masih ingin kaya cara senang. Perpatah bahasa inggeris pernah berkata “Thеrе іѕ nο shortcut tο richness”. Jadi berusahalah dengan kuat untuk berjaya.

Jika kita baca dalam majalah-majalah tempatan, banyak kisah tarik duit orang bunian. Tarik duit dengan berzikir, Ambil barang dari alam bunian. Dan yang penulis tengok sendiri. Abang sepupu sebelah isteri mengambil barang kepunyaan Sultan Melaka di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak dikawasan pertabalan Sultan Perak. Beliau mendapat 5 bilah keris dan peralatan istana. Semasa upacara diambil dibuat. Anak Sultan Perak yang dahulu sultan Idris berada bersama. 3 bilah keris di pulangkan kepada warisnya. 2 bilah keris disimpam oleh abang sepupu.

Sarung keris disalut dengan emas putih dan emas kuning yang nilai ditafsirkan oleh Muzium Negara sebanyak RM200 ribu. Dan sebilah keris lagi dengan hulu pemegang berkepala burung helang dan dimulutnya terdapat batu delima merah yang tak ternilainya. Barang-barang tembaga dan dulang yang diambil dari dalam air itu termasuk 5 bilah keris dengan cara meraba-raba didalam air yang keruh itu kononnya barang yang dibuang semasa anak Sultan Melaka yang terakhir tersangkut di Beting Beras Basah pada tahun 1500 – 1511 sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis . Tujuan dibuang peralatan tersebut ke dalam sungai bagi meneruskan perjalanan. Ini adalah kisah benar dalam sejarah Kesultanan Perak.

Banyak perkara yang misteri yang tidak terjawab dan tidak boleh diterima akal kerana rahsia-rahsia alam yang ghaib hanya dapat dijawab oleh mereka yang arif sahaja. Adalah lebih baik bagi kita menjejak kaki di alam realiti dari mencari alam ghaib kerana takut terpesong akidah.

Sebagai penulis yang ada pengalaman dengan alam ghaib sebelum ini. Memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin meneroka dan mencari alam ghaib usahlah diteruskan niat tersebut kerana kerja-kerja tersebut adalah membuang masa, duit dan tenaga. Hasilnya sifar!

Sekian wasallam.

wang_hayalan

Kononnya duit ini pun diambil dari alam ghaib.. serial nombornya special EP3333333.