Tuesday, June 25, 2013

3 Punca Kegagalan Perniagaan Internet – Buat Duit Online



Irfan Khairi, jutawan internet muda yang tersohor menyatakan, bahawa kos untuk memulakan perniagaan internet adalah serendah RM500. Namun, kos yang rendah tidak bermakna kita akan mempunyai risiko kegagalan yang rendah.

Ini jelas membuktikan bahawa perniagaan internet tidak boleh dipandang mudah. Nama-nama yang disebutkan di atas merupakan nama individu. Syarikat besar yang bernilai ratusan juta dolar juga tidak terlepas daripada mengalami kegagalan dalam perniagaan internet.

Gο.com dan Boo.com Lesap Sekelip Mata
Berdasarkan buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, oleh Irfan Khairi, beliau menyatakan bahawa Gο.com dan Boo.com merupakan syarikat perniagaan internet, yang mengalami kegagalan besar.
Ini kerana, wang pelaburan yang bernilai lebih daripada jutaan ringgit sudah lesap, tanpa mengetahui punca yang sebenarnya.

Menurut Irfan Khairi, kegagalan syarikat-syarikat besar tersebut adalah berpunca daripada:
Jika kita lihat pada keadaan sekeliling, hanya segelintir individu sahaja yang berjaya dalam perniagaan internet mereka. Antaranya adalah  Gero Azrul, Muaz Hadi, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari dan Ammar Zahar. Mereka ini merupakan usahawan internet yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Punca Kegagalan #1 – Pemasaran Emel Tidak Diutamakan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pelawat akan bertukar menjadi pembeli, selepas mereka melihat laman web kita lebih daripada 7 kali. Ini bermakna, kemungkinan untuk pelawat menjadi pembeli di saat pertama kali mereka memasuki laman web kita, adalah tipis.
Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian pelawat, supaya mereka rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang kita tawarkan.
Strategi terbaik yang boleh kita gunakan, adalah menerusi pemasaran emel. Kajian di WebProNews.com mendapati, hampir 90% perniagaan di internet terus kekal berjaya menjana sehingga jutaan ringgit setiap tahun, kerana mereka menggunakan pemasaran emel, sebagai senjata utama pemasaran mereka.

Punca Kegagalan #2 – Tidak ‘Outsource’ Kemahiran Lain
Bayangkan jika Google hanya diteruskan oleh dua orang individu sahaja hari ini, iaitu Larry Page dan Sergey Brin, pasti syarikat mereka akan terus tenggelam. Ini kerana, untuk membina perniagaan internet, kita perlu tahu bila masa yang sesuai, untuk melakukan ‘outsource’, yakni menyerahkan tugas yang bukan dalam bidang kepakaran kita, kepada orang yang lebih arif.
Apabila kita outsource, maka kita dapat mengurangkan beban kerja yang tidak diperlukan, seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain yang lebih produktif, agar perniagaan internet kita lebih lancar.

Punca Kegagalan #3 – Salah Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan
Menurut Puan Ainon, chairman syarikat PTS, asas bisnes adalah menjual apa yang pelanggan kita mahukan, bukan apa yang kita mahu jual pada pelanggan.
Ini kerana duit terletak di tangan pelanggan kita. Oleh itu, kita perlu pastikan bahawa produk dan servis yang kita mahu jual, bertepatan dengan kehendak pelanggan.
95% Punca kegagalan internet adalah kesilapan memilih produk dan servis untuk diniagakan di internet. Jadi, pastikan kita melakukan kajian terlebih dahulu, bagi mengenalpasti kehendak pelanggan.

Kemudian, cari produk untuk dijual kepada mereka. Ini adalah peraturan bisnes, kita jual apa yang mereka mahu.

0 comments:

Post a Comment